Sebanyak 500 bungkus telah diedarkan kepada masyarakat sekitar Pekan Changlun terutamanya di kawasan depan Pasaraya C-MART Changlun dan bazar Pekan Lama Changlun. Sambutan masyarakat terhadap Srikandi KeADILan Kubang Pasu sangat memberangsangkan. Mereka berharap Pimpinan Pakatan Rakyat di Kedah akan kekal.
Pn Sabrina bersama-sama srikandi sedang menyediakan ramuan bubur lambuk |
Beliau berharap dengan program seperti ini dapat mengurangkan tekanan rakyat semasa berniaga di bazar Ramadan.
Selain Program Bubur Lambuk, Program berbuka puasa serta sumbangan dan zakat juga di adakan pada hari yang sama. Sebanyak 140 orang yang menerima sumbangan pada hari itu dan sebanyak 40 orang penerima zakat pada hari itu.
Antara kenamaan yang hadir ialah Speker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato Dr Isa bin Ismail, Ketua Srikandi Keadilan Pusat, Siti Aishah Shaik Ismail, Ketua Wanita Keadilan Pusat, YB Zuraidah Kamaruddin, Ketua Muslimat Pas Kubang Pasu, Dr Rohani binti Abdul Mutalib dan Ketua Keadilan Kedah, Dato' Wan Salleh Wan Isa. Program tersebut juga dirasmikan oleh YB Zuraidah Kamarudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang.
Srikandi Keadilan kubang pasu sedang mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat |
more picture : [click here]